JABATAN PERUBATAN HOSPITAL SEBERANG JAYA

Pengenalan

 

Jabatan Perubatan memberikan perkhidmatan untuk pesakit di kawasan sekitar Seberang Perai. Selain daripada kepakaran perubatan am, kepakaran nefrologi dan neurologi turut disediakan.

 

OBJEKTIF

  

OBJEKTIF AM

Mempertingkatkan kualiti dan prestasi terhadap semua aspek rawatan dan penjagaan pesakit yang memerlukan perawatan perubatan. Ini merangkumi kes-kes Nefrologi, Neurologi, Thalasemia, Penyakit Berjangkit, Endokrinologi, Kardiologi dan sebagainya.

 

OBJEKTIF KHUSUS

  1. Memberikan perkhidmatan konsultasi bagi kes-kes perubatan dari seluruh kawasan Seberang Perai, Pulau Pinang.
  2. Menjadi penyelaras untuk perkhidmatan perubatan bagi kawasan Seberang Perai.
  3. Memberikan rawatan dan penjagaan yang optima kepada pesakit-pesakit.
  4. Menjalankan pemeriksaan dan rawatan kecemasan bagi kes-kes akut dan tenat dengan secepat mungkin.
  5. Melatih wargakerja supaya mahir dalam penjagaan pesakit-pesakit perubatan.

 

Perkhidmatan

 

Perkhidmatan Rawatan Pesakit Luar

1. Klinik Perubatan Rujukan dan Susulan Dewasa

2. Klinik Sub-Spesialiti:

   *  Klinik Nefrologi
   *  Klinik Neurologi
   *  Klinik Thalasemia
   *  Klinik Penyakit Berjangkit
   *  Klinik Endokrinologi
   *  Klinik Kardiologi
   *  Klinik Rheumatologi  ditangguhkan dari awal tahun
   *  Klinik Gastroenterologi  ditangguhkan dari awal tahun
   *  Klinik Saringan Staf untuk pemeriksaan kesihatan staf berumur > 40 tahun

Perkhidmatan Rawatan Pesakit Dalam

  *  Wad 5 (Lelaki) : 29 buah katil
  *  Wad 6 (Perempuan) : 28 buah katil
  *  Unit Perawatan Rapi Koronari (CCU) : 4 buah katil

Perkhidmatan Respiratori 

  *  Bertempat di Klinik Dada
  *  Perkhidmatan perawatan Tibi, Asma, COAD, Barah paru-paru dan lain-lain lagi
  *  Klinik Dada dikendalikan oleh doktor-doktor dari Jabatan Perubatan
  *  Lawatan Pakar Dada ke Klinik Dada adalah sebanyak sekali sebulan
  *  Unit Kesihatan menjalankan aktiviti 'Berhenti Merokok' dan kaunseling untuk pesakit-pesakit Asma
  *  Perkhidmatan diagnostik seperti 'Lung function test' ada disediakan

Perkhidmatan Neurologi

  *  Menyediakan perkhidmatan lawatan Pakar Neurologi ke hospital lain seperti Taiping dan Sultanah Bahiyah, Alor Setar
  *  Menyediakan laporan untuk perkhidmatan diagnostik seperti EEG.
  *  Menyediakan perkhidmatan nerve condunction studies.
  *  Menyediakan perkhidmatan suntikan Botox.
  *  Menubuhkan ”Stroke team ” untuk HSJ.
  *  Mengambil bahagian dalam National Stroke Registry.

Pusat Sumber Diabetes

  *  Bertempat di Kuarters yang telah diubahsuaikan.
  *  Berkongsi bersama-sama Unit Pendidikan Kesihatan.
  *  Perkhidmatan khidmat nasihat dan kaunselling kepada pesakit-pesakit diabetes.
  *  Mengambil bahagian dalam pengendalian klinik diabetes – foot care, dental care.
  *  Memastikan pemeriksaan dijalankan oleh pesakit diabetes. Perkhidmatan Nefrologi
  *  Menyediakan rawatan kronik hemodialisis untuk pesakit-pesakit ESRF.
  *  Menyediakan rawatan intensif seperti CRRT untuk pesakit-pesakit kritikal di unit rawatan rapi.
  *  Menyediakan ujian diagnostik seperti U/S Doppler untuk fistula.
  *  Menyediakan perkhidmatan pemasangan kateter untuk pesakit renal failure.

Perkhidmatan Diagnostik Kardiologi

  *  Bertempat di Bilik H, Klinik Pakar Perubatan, Hospital Seberang Jaya.
  *  Menjalankan Ujian Echocardiography, Stress Test dan Holter Monitoring.
  *  Perkhidmatan diagnostik kepada semua kes-kes rujukan dari Seberang Perai dan Selatan Kedah.

Perkhidmatan Rawatan Harian (Day Care)

  *  Bertempat bersebelahan bangunan Jabatan Perubatan.
  *  Menyediakan perkhidmatan transfusi darah untuk pesakit thalasemia dan kemoterapi bagi pesakit SLE ataupun barah yang lain.