PERKHIDMATAN NEFROLOGI

Pengenalan

Perkhidmatan Nefrologi terletak di bawah Direktorat Perkhidmatan Klinikal (Jabatan Perubatan) Hospital Seberang Jaya. Diketuai oleh seorang Pakar Perunding Nefrologi yang menjalankan tugas sebagai  Pakar Perunding Nefrologi dan Ketua Jabatan Perubatan

 

Perkhidmatan

 

Perkhidmatan yang disediakan:

Perkhidmatan ini melibatkan perawatan pesakit dalaman di Wad 5 (Perubatan Lelaki), Wad 6 (Perubatan Perempuan), Wad 12A (Perawatan Denggi), Wad Penjagaan Rapi Jantung (Coronary Care Unit) dan lain-lain wad. Perkhidmatan pusat haemodialisis disediakan manakala perkhidmatan pesakit luar dijalankan di  Klinik Pakar Perubatan.

Menyediakan rawatan hemodialisis untuk pesakit-pesakit ESRF dan rawatan intensif seperti CRRT untuk pesakit-pesakit kritikal di unit rawatan rapi. Di samping itu, perkhidmatan ini juga menyediakan ujian diagnostik seperti U/S Doppler untuk fistula serta pemasangan IJC untuk pesakit renal failure.