JABATAN BEDAH MULUT & MAKSILOFASIAL
HOSPITAL SEBERANG JAYA

Pengenalan

 

Klinik Pakar Bedah Mulut & Maksilofasial, Hospital Seberang Jaya (KPBM&MHSJ) merupakan salah satu klinik pakar yang beroperasi sejak penubuhan Hospital Seberang Jaya. Oleh sebab kedudukannya yang berhampiran dengan lebuhraya, ia menjadi pusat rujukan kes-kes trauma dan pergigian am dari Seberang Perai, Kulim dan Sungai Petani, Kedah dan utara Perak.

 

OBJEKTIF

1. Memberi perkhidmatan kepakaran dari segi rundingan serta rawatan yang berkesan dalam bidang Pergigian, Bedah Mulut dan Maksilofasial kepada pesakit-pesakit yang dirujuk di Hospital Seberang Jaya.

 

Perkhidmatan

Antara perkhidmatan yang ditawarkan :-

 Perkhidmatan Pakar di klinik dan wad
 Pembedahan Anaestesia Am
 Pembedahan kecil
 Perkhidmatan Kecemasan (selepas waktu pejabat)
 Perkhidmatan Pergigian Am
 Latihan kepada Pegawai Pergigian tahun pertama
 Latihan kepada Pembantu Pembedahan Pergigian dan Juruteknologi Pergigian