Iklan Pengambilan Personel MySTEP Tahun 2023

Bahagian Sumber Manusia Hospital Seberang Jaya ingin mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan segera bagi jawatan seperti berikut:

JAWATAN

PERSONEL MySTEP 

KEKOSONGAN

DUA (2)

GAJI

RM1,700.00 SEBULAN

TEMPOH KONTRAK

1 FEBUARI 2023 HINGGA 31 DISEMBER 2023

KEMUDAHAN

CUTI REHAT, CUTI SAKIT, CARUMAN KWSP DAN CARUMAN PERKESO

PENEMPATAN

BAHAGIAN PENGURUSAN,

HOSPITAL SEBERANG JAYA,

JALAN TUN HUSSEIN ONN, SEBERANG JAYA,

13700 PERMATANG PAUH, PULAU PINANG.

Kelayakan Akedemik: Memiliki sekurang-kurangnya SPM yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia atau kelayakan yang setaraf.

SYARAT KELAYAKAN:

  1. Berumur tidak melebihi 38 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  2. Mempunyai kemahiran menulis dan berkomunikasi yang baik, boleh bekerja dalam kumpulan serta bersedia untuk belajar.
  3. Berkebolehan mengendalikan perisian computer seperti MS Word, MS Powerpoint dan MS Excel.
  4. Berdisiplin dan boleh melaksanakan tugas di bawah penyeliaan yang minimum.

CARA MEMOHON:

Calon yang berminat hendaklah mengemukakan dokumen-dokumen seperti berikut selewatnya-lewatnya pada 20 Januari 2023 (Jumaat):

  1. Resume terkini berserta gambar berwarna.
  2. Salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan setaraf dengannya
  3. Salinan kad pengenalan

Sila e-melkan permohonan kepada:

wannurnabilah@moh.gov.my

marlianatahrim@moh.gov.my

Hanya calon yang layak disenarai pendek akan dipanggil untuk sesi temu duga

Hanya calon yang layak disenarai pendek akan dipanggil untuk sesi temu duga