Strategi

::  LAMAN UTAMA  ::   ::  KEMBALI  ::

 

STRATEGI

 

                  

KAWALAN PENYAKIT DENGGI

 

  • Mengawas kejadian kes dan kematian dari penyakit DD/DDB.
  • Menyiasat kes-kes DD/DDB dan mengambil langkah-langkah kawalan.
  • Mengurangkan tempat-tempat pembiakan vektor.
  • Mengawas dan mengurangkan kepadatan vektor tertentu di lokaliti
  • Lokaliti yang sering terdapat kes dan pernah berlaku wabak.
  • Semburan kabus apabila berlaku kes DD/DDB berdarah.
  • Meningkatkan pendidikan kesihatan kepada masyarakat.
  • Menjalinkan kerjasama dengan masyarakat dan agensi-agensi lain dalam aktiviti kawalan penyakit DD/DDB.
  • Menguatkuasakan Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 (APSPP – 1975).

 

KAWALAN PENYAKIT MALARIA
  •  Pengawasan epidemiologi melalui aktiviti pengesanan kes secara aktif (ACD) di kawasan-kawasan berisiko dan di penempatan pendatang dan buroh asing.
  • Pengesanan kes secara pasif (PCD) di Klinik-klinik Kesihatan dan Hospital.
  • Kawalan vektor dijalankan melalui mikrostratifikasi kawasan, semburan kimia dan kaedah antilarva.
  • Pengawasan entomologi dijalankan melalui kajian taburan vektor, kepadatan vektor dan tabiat pembiakan.
  • Menyiasat kes-kes malaria yang dilaporkan dan menjalankan langkah-langkah kawalan dan pencegahan.
  • Menjalankan langkah-langkah kawalan melalui penjagaan parit- parit malaria, semburan residual, pemberian ubat radikal, pengedaran kelambu berubat.
  • Meningkatkan tahap kecekapan makmal untuk mendiagnosa slaid- slaid malaria.

 

KAWALAN PENYAKIT FILARIASIS
  • Pengawasan epidemiologi melalui kajian darah di kawasan yang berisiko tinggi terutamanya dikalangan pendatang asing.
  • Pengawasan entomologi bagi memastikan ekologi, entomologi dan kepadatan vektor bagi kawasan yang berisiko tinggi.

 

KAWALAN PENYAKIT JAPANESE ENCEPHALITIS
  • Pengawasan epidemiologi bagi memastikan semua kes viral encephalitis diperiksa untuk Japanese encephalitis dan notifikasi yang cepat.
  • Pengawasan entomologi melalui kajian taburan vektor dan mengenalpasti kepadatan vektor di kawasan berisiko tinggi.

 

KAWALAN PENYAKIT DEMAM KUNING (YELLOW FEVER)
  • Pengesanan rapi nyamuk di lapangan terbang/pelabuhan.
  • Pemusnahan serangga di dalam pesawat terbang untuk mencegah nyamuk Aedes dibawa dari negara lain.
  • Mengesan dan kuarantin pelawat-pelawat dari negara-negara berendemik demam kuning yang tidak mematuhi peraturan- peraturan kesihatan antarabangsa (demam kuning).

 

KAWALAN PENYAKIT HAWAR
  • Menjalankan kajian/pemeriksaan tikus di pelabuhan/lapangan terbang untuk mendapatkan index vektor penyakit hawar (Xenopsylla cheopis).
  • Menghapuskan vektor hawar (rat flea) jika ditemui.

 

KAWALAN PENYAKIT TIFUS
  • Pengawasan penyakit tifus dan penentuan kawasan endemisiti

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 



This article comes from KAMI SEDIA MEMBANTU
http://jknpenang.moh.gov.my/v3

The URL for this story is:
http://jknpenang.moh.gov.my/v3/modules/xt_conteudo/index.php?id=192