Penjagaan Kesihatan Pergigian Kepakaran

Terdapat enam disiplin kepakaran dalam Pergigian Pulau Pinang - Bedah Mulut dan Maksilofasial, Pergigian Pediatrik, Patologi Mulut dan Perubatan Mulut, Pergigian Penjagaan Khas, Pergigian Forensik, Ortodontik, Periodontik, Pergigian Restoratif dan Kesihatan Awam Pergigian :-

Bedah Mulut & Maksilofasial dan Pergigian Pediatrik

Pakar Pergigian bidang ini berpusat dihospital. Mereka menjalankan pembedahan kecil ( minor) dan major yang melibatkan kecederaan dan abnormaliti dikawasan mulut dan muka. Pakar bedah mulut merawat pesakit dewasa, manakala pakar pergigian pediatrik pula merawat kanak-kanak yang berumur kurang dari 16 tahun.

Pakar Ortodontik dan Pakar Periodontik

Kedua-dua jenis rawatan ini disediakan di klinik pergigian Besar . Pakar ortodontik merawat kes maloklusi, Pakar Periodontik akan merawat penyakit berkaitan gusi dan struktur/tisu yang penyokong gigi.

Pakar Restoratif

Pakar ini menerima rujukan dari pegawai –pegawai dan pakar –pakar pergigian dari displin yang lain. Rawatan disediakan di klinik pergigian Besar melibatkan endodontik dan protesis boleh tanggal dan prostesis kekal, dan implant pergigian.Rawatan ini adalah bertujuan untuk menyelamatkan atau memulihkan gigi sediada, dan mengganti gigi yang hilang serta mengembalikan berfungsi pengunyahan.

Pakar Pergigian Kesihatan Awam

Pakar Pergigian Kesihatan Awam akan mengetuai perkhidmatan pergigian untuk orang awam . Mereka merancang dan melaksanakan dasar pembangunan kesihatan pergigian, pengurusan program,promosi kesihatan pergigian dan pencegahan pergigian serta program keselamatan dan kesihatan di persekitaran klinik.