Penjagaan Kesihatan Primer
Penjagaan Kesihatan Pergigian Primer ditujukan kepada penduduk di mana golongan sasar utama adalah kanak-kanak kecil (toddler), kanak-kanak pra sekolah, pelajar sekolah rendah dan menengah, ibu mnegandung, kanak-kanak istimewa, dewasa dan warga tua.
Program Toddler
Program penjagaan awal pergigian kanak-kanak lanjutan dari program ibu mengandung. Sasaran adalah ibu-ibu lepas bersalin dan ibubapa/penjaga kanak-kanak berumur 4 tahun dan ke bawah diperiksa di bawah perkhidmatan kesihatan kanak-kanak KKM. Objektif utama program kesihatan pergigian awal kanak-kanak adalah untuk menggalakan dan mngekalkan kesihatan mulut yang baik ke arah mencapai pertumbuhan dan pembangunan optimum.
Perkhidmatan Prasekolah
Program perkhidmatan prasekolah menggunakan pendekatan yang mesra dan penyayang di mana jururawat pergigian memperkenalkan rawatan pergigian tidak invasif kepada kanak-kanak melalui inisiatif promosi dan pencegahan. Ini termasuk sesi latihan memberus gigi, pertunjukan boneka, 'role play' dan lain-lain aktiviti yang menyeronokkan. Selaras dengan pendekatan bukan invasif, teknik ART telah diterapkan untuk memberi rawatan pemulihan yang memadai kepada kanak-kanak.
Perkhidmatan Pergigian Sekolah
Perkhidamtan Pergigian Sekolah adalah teras utama dalam Perkhidmatan Pergigian awam. Perkhidmatan pergigian sekolah rendah dan menengah adalah dilaksana melalui perkhidmatan pergigian sekolah secara incremental yang sistematik dan menyeluruh supaya matlamat kesihatan gigi kanak-kanak tercapai sepenuhmya. Rawatan dijalankan melalui klinik pergigian sekolah, pasukan pergigian bergerak dan juga klinik pergigian bergerak. Perkhidamatan pergigian incremental trelah mengurangkan kerosakan gigi kanak-kanak sekolah. Pasukan pergigian bergerak menggunakan peralatan mudahalih untuk menjalankan rawatan di sekolah-sekolah yang tiada kemudahan klinik pergigian statik.
Perkhidmatan Pergigian Ibu Mengandung
Matlamat utama program ibu mengandung adalah untuk memberi pengetahuan kesihatan pergigian kepada ibu sebagai agen perubahan di persekitaran rumah dengan mengubah tingkah laku ahli keluarga. mereka diberi rawatan pergigian secara PERCUMA. Ibu mengandung yang mendapat rawatan di Klinik Kesihatan akan dirujuk ke klinik pergigian kerajaan terdekat bagi sesi promosi pergigian, pemeriksaan dan rawatan pergigian. temujanji lanjut akan ditetapkan jika perlu.
Perkhidmatan Pergigian Warga Emas
Program ini adalah untuk warga emas yang bertujuan meningkatkan kesihatan mulut dan kualiti hidup melalui kempen kesedaran kesihatan mulut warga tua dan penjaganya, membangunkan amalan penjagaan kendiri yang sesuai dipelbagai institusi warga emas yang kenalpasti. Bimbingan kesihatan di institusi, komuniti dan pusat jagaan harian ditubuhkan melalui Projek NBOS bagi memastikan golongann ini tidak dipinggirkan dari segi penjagaan kesihatan pergigian.
Perkhidmatan Pesakit Luar
Program kesihatan mulut untuk orang dewasa disediakan atas berdasarkan permintaan.Kes-kes kompleks di rujuk kepada pakar pergigian untuk rawatan lanjut. Perkhidmatan pesakit luar menyediakan perkhidmatan bagi golongan kurang bernasib baik dalam merealisasikan objektif perkhidmatan untuk memperbaiki status kesihatan kesihatan pergigian penduduk.
Perkhidmatan Pergigian kanak-kanak Berkeperluan Khas
Bahagian kesihatan Pergigian telah mengiktirafkan kanak-kanak keperluan khas sebagai salah satu kumpulan utama. Satu program untuk kanak-kanak keperluan khas telah dilancarkan pada tahun 1993 dengan penekanan yang diberikan kepada kepada kumpulan yang berkeperluan khas di klinik pesakit luar . Di samping itu di bawah program NBOS kanak-kanak diberikan pemeriksaan dan rawatan kesihatan di institusi. Objektif program ini adalah untuk meningkatkan kesihatan mulut kanak–kanak keperluan khas yang akan menyumbang kepada peningkatan kualiti hidup. Di antara aktiviti yang dijalankan ialah penerapan amalan kesihatan mulut yang baik , meningkatkan kesedaran penjaga kanak-kanak keperluan khas dan juga meningkat kemahiran anggota pergigian.Ini adalah untuk memastikan kesihatan pergigian yang baik dicapai melalui promosi kesihatan pergigian, langkah-langkah pencegahan klinikal dan lain-lain rawatan yang perlu sejajar dengan wawasan 2020 dan wawasan untuk kesihatan kearah pembangunan masyarakat penyayang.