Jualan Sisa Terus adalah dipelawa kepada Syarikat berdaftar dengan Kementerian Kewangan dalam bidang Membeli Barang Lusuh (Perlu Permit), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Lesen Bagi Berniaga Barang-barang Lusuh (PDRM) yang berminat untuk membeli aset seperti berikut:
|
TAJUK JUALAN SISA TERUS |
TEMPAT DAN MASA DOKUMEN JUALAN SISA TERUS DIPEROLEH |
SYARAT PENYERTAAN |
TARIKH/ TEMPAT/ MASA/ TAKLIMAT/ LAWATAN TAPAK (Taklimat/Lawatan Tapak Adalah WAJIB) |
TARIKH BUKA DAN TUTUP JUALAN SISA TERUS
|
|
No. Jualan Sisa Terus HSJ/ PELUPUSANASET / 2026 / BIL (2) TAWARAN JUALAN SISA PELUPUSAN ASET ALIH (KENDERAAN) PGQ 1695 (VAN) DAN PJK 6537 (AMBULANS) DI HOSPITAL SEBERANG JAYA. |
Hospital Seberang Jaya Jalan Tun Hussein Onn 13700 Seberang Jaya |
Seperti Di bawah
|
Tarikh : 4 Mei 2026 (Isnin) Masa : 9.00 pagi Tempat : Unit Pengangkutan Hospital Seberang Jaya NOTA: Kehadiran ke sesi taklimat/ lawatan kenderaan sehingga selesai adalah WAJIB.
Borang Kehadiran Jualan Terus Sisa Pelupusan Aset Alih akan diedarkan semasa taklimat lawatan. |
Dibuka Pada 4.5.2026 (ISNIN) dan Ditutup Pada (15.5.2026) (JUMAAT) sebelum jam 12.00 tengahari |
SYARAT DAN PERATURAN JUALAN SISA TERUS
- Pembeli perlu membawa Salinan dokumen (Sijil SSM Kewangan – Perlu ada Kod Bidang Membeli Barang Lusuh, Lesen Bagi Berniaga Barang-barang Lusuh (PDRM) dan Sijil SSM Pendaftaran Syarikat
- Semua aset adalah dijual sebagaimana keadaannya semasa dilihat (as-is where-is basis).
- Jabatan ini tidak bertanggungjawab ke atas aset yang telah dijual.
- Semua perbelanjaan berkaitan pembelian aset seperti kos menanggal (dismantle), mengangkut dan sebagainya hendaklah ditanggung oleh pembeli sendiri.
- Pembeli yang berjaya hendaklah membuat pembayaran penuh dalam tempoh tiga (14) hari dari tarikh pemberitahu keputusan.
- Pembeli yang berjaya hendaklah mengambil aset dalam tempoh tiga (14) hari selepas bayaran penuh dijelaskan. Jika gagal, bayaran yang telah dibuat tidak akan dikembalikan dan Jabatan berhak untuk melupuskan aset tersebut.
Serahan Dokumen Jualan Sisa Terus beserta sebutharga melalui email:
Hospital Seberang Jaya tidak terikat untuk menerima tawaran yang terendah ataupun sebarang tawaran.
Sebarang pertanyaan sila berhubung Pn. Nur Fatin Ilyana binti Alias atau Pn. Noorhamama binti Jamli (No. Telefon : 04-3827333 samb /1496/1498)
Iklan ini juga boleh diakses melalui laman web http://jknpenang.moh.gov.my/hsj
DOKUMEN JUALAN SISA TERUS YANG LEWAT TIDAK AKAN DITERIMA. JABATAN INI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB DI ATAS SEBARANG KELEWATAN PENGHANTARAN DOKUMEN JUALAN SISA TERUS MELALUI POS LAJU / COURIER
COP DAN TANDATANGAN URUSETIA