Pendidikan Kesihatan HSJ
- Artikel HSJ
- Hits: 2483
UNIT PENDIDIKAN KESIHATAN HOSPITAL SEBERANG JAYA
Pengenalan
Unit Pendidikan Kesihatan merupakan satu landasan bagi menyalurkan maklumat kepada pesakit, keluarga pesakit dan orang ramai bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran seterusnya mengamalkan cara hidup sihat. Mula beroperasi pada tahun 2001 dengan kehadiran seorang Pegawai Pendidikan Kesihatan.
OBJEKTIF
1. Untuk memberikan perkhidmatan pendidikan pesakit yang berkesan dan berkualiti ke arah perubahan tingkah laku kesihatan yang positif.
2. Untuk berfungsi sebagai pusat sumber pendidikan pesakit, ’One Stop Centre’ di hospital.
3. Untuk memastikan keberkesanan perkhidmatan perawatan pesakit di hospital khususnya dapat dilaksanakan melalui kemudahan dan kepakaran perubatan dan promosi kesihatan.
Perkhidmatan
Perkhidmatan yang disediakan:-
Memberikan perkhidmatan pendidikan pesakit yang berkesan dan berkualiti ke arah perubahan tingkah laku kesihatan yang positif.
Berfungsi sebagai pusat sumber pendidikan pesakit, ’One Stop Centre’ di hospital.
Memastikan keberkesanan perkhidmatan perawatan pesakit di hospital khususnya dapat dilaksanakan melalui kemudahan dan kepakaran perubatan dan promosi kesihatan.