UNIT PEMULIHAN CARAKERJA HOSPITAL SEBERANG JAYA

Pengenalan

 

Unit Pemulihan Carakerja (UPCK) Hospital Seberang Jaya (HSJ) adalah satu-satunya UPCK yang beroperasi sepenuhnya bagi seluruh Seberang Perai. Perkhidmatan yang diberikan adalah kepada semua kes rujukan dari hospital dan klinik samada kerajaan atau swasta bagi seluruh kawasan Seberang Perai dan daerah yang berhampiran seperti Kulim, Sungai Petani, Selama, Kedah berikutan dengan kemudahan lebuhraya yang menghubungkan lokasi HSJ dengan tempat-tempat berikut.

 

OBJEKTIF

Menyediakan perkhidmatan Pemulihan Carakerja yang komprehensif terhadap pesakit pelbagai kondisi melalui aktiviti teraputik khusus untuk mencapai kefungsian optimum dalam aktiviti kehidupan seharian, kerja psikososial dan rekreasi.

Perkhidmatan

 

Perkhidmatan yang disediakan:-

Latihan Remedial
‘Sensory Desensitization/Retraining’
Latihan Aktiviti Kehidupan Seharian
Splinting
‘Compression Therapy’
Penilaian Pra-Memandu
Latihan Pra-prostetik
Penilaian dan cadangan alat bantuan dan adaptasi
Program Intervensi Awal
Latihan Skil Pra-sekolah
Terapi Modifikasi Tingkahlaku
Stimulasi Pertuturan
Stimulasi refleks ‘sucking and swallowing’
‘Education on Joint Protection and Energy Conservation’
Terapi Relaksasi
Lawatan ke sekolah/rumah