JABATAN FARMASI HOSPITAL SEBERANG JAYA

Pengenalan

 

Jabatan Farmasi & Bekalan memberikan perkhidmatan perolehan dan pembekalan ubat-ubatan kepada pesakit serta pembekalan ubat-ubatan dan alat-alat perubatan kepada unit-unit pengguna dalam hospital dan klinik-klinik kesihatan daerah Seberang Perai Tengah. Perkhidmatan ini diperluaskan kepada rawatan pesakit dengan menjalankan aktiviti farmasi klinikal dimana hasil terapeutik yang positif menjadi satu lagi tanggungjawab jabatan ini.

Jabatan ini merangkumi tiga fungsi utama :

i. Penjagaan pesakit / penjagaan farmaseutikal

     Membantu pesakit mengoptimakan objektif terapi ubat-ubatan.
     Menyelaras dan membantu dalam usaha meningkatkan komplian pesakit terhadap farmakoterapi.
     Terlibat secara terus dalam pengurusan dan pemonitoran pesakit bagi melestarikan kualiti hidup pesakit yang dirawat (Improve on Quality of Life, QoL).

ii. Pengeluaran farmaseutikal

     Penyediaan produk farmaseutikal steril larutan parenteral nutrisi serta rekonstitusi ubat-ubat sitotoksik.
     Penyediaan produk farmaseutikal bukan steril (galenikal).
     Aktiviti prabungkus.

iii. Perolehan dan bekalan

      Perolehan, penyimpanan dan pembekalan ubat dan bukan ubat.

 

OBJEKTIF

      Memastikan pesakit memperolehi ubat yang dipreskripsikan dengan betul, selamat, berkualiti, mencukupi dan sesuai serta memberi keterangan yang jelas dan teratur mengenai penggunaan ubat-ubatan.
      Menentukan kualiti, efikasi, keselamatan dan rasionaliti dalam penggunaan ubat-ubatan (penjagaan farmaseutikal). 
 

Perkhidmatan

Perkhidmatan yang disediakan:-

i. Unit Farmasi Klinik Pakar

     Membekalkan ubat kepada pesakit luar.
     Mengendalikan perkhidmatan ambulatori di Klinik-klinik Pakar – Medication Therapy Adherence Clinic (MTAC) Penyakit               Retroviral, Diabetes dan Asma.
     Memberikan kaunseling ubat-ubatan kepada pesakit.
     Memberikan perkhidmatan tambah nilai demi kemudahan pesakit.

ii. Unit Farmasi Pesakit Dalam

     Memberikan perkhidmatan kepada pesakit dalam.

iii. Unit Farmasi Pengeluaran Farmaseutik dan Pra-bungkus

     Membuat persediaan galenikal bukan steril (eksternal/internal) dan membekalkannya kepada wad/unit.
     Menjalankan aktiviti pembungkusan semula dan pelabelan sediaan farmaseutikal.

iv. Unit Maklumat Ubat-ubatan dan Racun

     Menjalankan aktiviti-aktiviti berkaitan perkhidmatan maklumat ubat-ubatan yang evidence-base, tepat dan terkini kepada anggota hospital dan pesakit.

v. Unit Pemonitoran Terapeutik Ubat (TDM)

     Menjalankan penganalisaan dan intepretasi paras ubat dalam sampel ubat serta memberi saranan berkaitan keputusan pengubahsuaian dos.
     Menawarkan pemonitoran terapeutik ubat bagi kes-kes keracunan Paracetamol dan Salicylic ketika luar dari waktu perkhidmatan biasa (on-call).

vi. Unit Rekonstitusi Ubat Sitotoksik (CDR)

     Menjalankan perkhidmatan rekonstitusi ubat-ubatan kemoterapi.
     Memberi perkhidmatan kaunseling di klinik kanser payu dara (prechemo clinic).

vii. Unit Nutrisi Parenteral TPN)

     Menjalankan perkhidmatan larutan nutrisi parenteral dan juga IV Admikstur untuk kegunaan pesakit dewan bedah.

viii. Unit Farmasi Wad

     Menjalankan perkhidmatan farmasi di wad 2, 5, 6, 11 (SCN), ICU dan telah memulakan Farmasi Kecemasan pada Jun 2014
     Menjalankan perkhidmatan farmasi di wad 4, 7, 8, 9 dan 10 secara separuh masa.
     Melakukan rondaan wad bersama pakar/pegawai perubatan.
     Melakukan pemonitoran terapi pengubatan pesakit-pesakit dalam wad.
     Memberi perkhidmatan kaunseling kepada pesakit semasa di dalam wad dan discaj.

ix. Unit Logistik

     Menjalankan aktiviti perolehan ubat dan bukan ubat.
     Membekalkan ubat-ubatan dan bukan ubat kepada unit pengguna hospital dan klinik-klinik kesihatan daerah Seberang Perai Utara.

x. Unit Pengurusan Kualiti

     Membantu dari segi pengurusan dan pentadbiran jabatan.
     Menyelaras aktiviti-aktiviti kualiti, latihan dan pendidikan.

xi. Perkhidmatan Pendispensan Methadone

     Pegawai Farmasi terlibat dalam pendispensan Methadone pada hari minggu dan cuti am di Pusat Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Kg. Selamat.

xii. Perkhidmatan Tambah Nilai (Value Added Services, VAS)

      Aktiviti amalan farmasi yang dicetuskan hasil kreativiti dan inovasi anggota farmasi dalam meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan farmasi kepada pelanggan.
      VAS adalah perkhidmatan pilihan kepada pesakit berdasarkan kriteria yang ditetapkan sebelum perkhidmatan diberikan.
      Perkhidmatan yang ditawarkan adalah Sistem Pendispensan Ubat Bersepadu (SPUB), Sistem Temujanji – Blue Card System, Sistem Telefon & Ambil dan Ubat Melalui Pos (UMP 1 Malaysia) yang diselaraskan oleh Farmasi Klinik Pakar.

xiii. Perkhidmatan 24 Jam

     Kaunter Farmasi Klinik Pakar mula menawarkan Perkhidmatan 24 jam sehari pada 1 November 2012 untuk pesakit-pesakit Jabatan Kecemasan, dari wad dan juga pesakit di dalam sistem Temujanji- Blue Card.
     Selain itu, perkhidmatan ini juga merangkumi perkhidmatan Maklumat Ubat & Racun. 

 

 

Informasi

 Maklumat berhubung kaunseling :-

  1. Video Kaunseling - Cara Penggunaan Pensulin