PERKHIDMATAN GERIATRIK

Pengenalan

Perkhidmatan Geriatrik terletak di bawah Direktorat Perkhidmatan Klinikal (Jabatan Perubatan) Hospital Seberang Jaya. Diketuai oleh seorang Pakar Perunding Geriatrik.

 

Perkhidmatan

 

Perkhidmatan yang disediakan:

Perkhidmatan ini melibatkan perawatan pesakit dalaman di Wad 5 (Perubatan Lelaki), Wad 6 (Perubatan Perempuan) dan lain-lain wad. Perkhidmatan pesakit luar dijalankan di  Klinik Pakar Perubatan.

Menyediakan perkhidmatan dan perawatan pesakit-pesakit yang melibatkan warga-warga emas. Pemeriksaan akan dilakukan oleh Pakar Geriatrik yang ditempatkan di Hospital Seberang Jaya secara tetap. Pemeriksaan dilakukan di Klinik Pakar Perubatan.