UNIT KUALITI HOSPITAL SEBERANG JAYA

Pengenalan

 

Unit Sekretariat Kualiti mula ditubuhkan pada tahun 1996 untuk menyelaras perlaksanaan aktiviti-aktiviti kualiti di Hospital Seberang Jaya. Pengurus dan anggota-anggota sekretariat Unit Kualiti bertanggungjawab merancang, mengurus, menilai dan melaksanakan aktiviti-aktiviti kualiti di Hospital Seberang jaya. Data-data berkaitan diteliti dan maklumbalas diberikan ke Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang dan Kementerian Kesihatan Malaysia. Di peringkat hospital satu jawatankuasa pemandu kualiti dibentuk terdiri dari penyelaras-penyelaras untuk memudahkan tugas-tugas perlaksanaan program peningkatan kualiti di peringkat hospital.

Lokasi unit kualiti ialah di tingkat 1, bersebelahan dengan perpustakaan salah satu unit dibawah Jabatan Pengurusan. Unit ini diketuai oleh seorang Pegawai Perubatan dan dibantu oleh seorang jururawat terlatih U32. Fungsi unit kualiti ialah menyelaraskan 21 aktiviti kualiti.

 

OBJEKTIF

 1. Meningkatkan kualiti perkhidmatan penjagaan pesakit terutama sekali keselamatan pesakit.
 2. Meningkatkan aktiviti kualiti di Hospital Seberang Jaya dan meneliti kelebihan dan kekurangan aktiviti.
 3. Mengenalpasti dan mengujudkan langkah-langkah penambahbaikan aktiviti kualiti dan juga program jaminan kualiti (Quality Assurance) di peringkat hospital.

 

Perkhidmatan

Perkhidmatan yang disediakan:

Fungsi Unit Kualiti adalah menyelaraskan 31 aktiviti peningkatan kualiti :-

Credentialing and privileging                  Inovasi                               
Akreditasi Renal Registry
Quality Assurance/Hospital Specific Approach    Peri-operative Mortality Review
Perinatal Mortality Review Clinical Audit
Budaya Korporat Maternal Mortality Review
Mortality Review Hospital Continuous Medical Education (CME)
Clinical Practice Guidelines Hospital Sejahtera
Infection Control Wad Mesra
Incident Reporting Nursing Audit
Health Technology Assessment Jawatankuasa Keselamatan & Pekerjaan (JKKP)
Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) Kepuasan Pelanggan
Key Performance Indicator (KPI) Pengendalian Aduan
Piagam Pelanggan Patient Safety Goals
Quality Control National Indicator Approach (NIA)
Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA) Latihan
Buletin Hospital