UNIT TEKNOLOGI MAKLUMAT

Pengenalan

 

PENGENALAN

Unit Teknologi Maklumat merupakan unit yang bertanggungjawab terhadap segala peralatan dan perkakasan ICT, menyelenggara sistem rangkaian dan pengoperasian serta berusaha untuk memaksimumkan penggunaan ICT di kalangan warga kerja Hospital Seberang Jaya.
 

VISI

Penyedia penyelesaian ICT yang komprehensif bagi menyokong transformasi perkhidmatan penjagaan kesihatan.

 
MISI
check
 
Membantu pengurusan HSJ merancang strategi yang boleh menyampaikan perkhidmatan kesihatan dengan cekap menggunakan teknologi maklumat terkini;  
check Menyedia prasarana teknologi maklumat yang selamat, tersedia dan diyakini oleh semua anggota HSJ; dan
check Menjadi rujukan agensi lain dalam pengurusan tadbir urus ICT dalam perkhidmatan kesihatan.
 
OBJEKTIF
1.  Mengadakan khidmat bantuan dalam membangun dan mengurus sistem maklumat yang cekap dan berkualiti.   
2. Memastikan pembangunan sistem, kualiti, keselamatan dan kesahihan maklumat mengikut piawaian yang telah ditetapkan.
3.  Memastikan kesediaan (availability) infrastruktur ICT berada pada tahap tinggi.
4.  Memastikan budaya ICT diterapkan ke dalam tadbir urus dan diamalkan oleh warga Hospital Seberang Jaya.

Perkhidmatan

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN 

check Menyelaras pelaksanaan program kerajaan elektronik (eG) seperti HRMIS, e-SPKB, e-Perolehan dan sebagainya.      
check
 
Menyelaras implementasi projek aplikasi Kementerian Kesihatan Malaysia seperti Telekonsultansi, SMRP, MyCPD dan sebagainya.
check
 
Menyelaras, mentadbir dan menyelia penyelenggaraan Sistem Pengurusan Pesakit Dalam (SPPD) serta sistem-sistem lain yang berkaitan.
check  Mengendali 'backup/recovery' untuk sistem-sistem kritikal jabatan seperti SPPD, SMRP dan sebagainya.
check
Mengendali meja bantuan (helpdesk), khidmat bantuan teknikal serta operasi penyelenggaraan dan pembaikan peralatan ICT.
check Mengkaji, merancang dan menganalisis keperluan peralatan ICT dan melaksana perolehan pelaratan dan perisian ICT
check Mengurus dan menyelia pengagihan peralatan ICT dan pelupusan peralatan ICT.
check Merancang, mengurus dan menyelia perolehan, pemasangan dan penyelenggaraan sistem dan rangkaian dalaman.
check Membangun, mentadbir dan mengemaskini laman web jabatan.
check Mengurus pinjaman peralatan ICT untuk mesyuarat, bengkel atau seminar.
check
 
Menyedia bahan-bahan taklimat / persembahan powerpoint atau multimedia untuk mesyuarat / taklimat khas / majlis rasmi jabatan.
check Merancang dan menyedia latihan dalaman berkaitan ICT kepada kakitangan hospital.

 

Piagam Pelanggan

PIAGAM PELANGGAN
 
KEWAJIPAN UNIT ICT 
check Memberi layanan dan perkhidmatan yang mesra serta responsif kepada kehendak pelanggan.
check Memastikan semua perkhidmatan ICT di bawah tanggungjawab Kementerian Kesihatan Malaysia beroperasi dengan baik.
check Memastikan semua permohonan e-mail diselesaikan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja.
check Memastikan semua urusan Operasi Khidmat Bantuan Teknikal dapat diselesaikan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja.
check Memastikan tahap rangkaian dan perkhidmatan internet dapat beroperasi sekurang-kurangnya 85 % dalam masa setahun.
check Memastikan tahap kesinambungan sistem dalaman terjamin sekurang-kurangnya 90 % dalam masa setahun.
 
KEWAJIPAN PELANGGAN
Bagi membolehkan Unit Teknologi Maklumat melaksanakan piagam pelanggan dengan cepat berkesan menjadi kewajipan pelanggan untuk :  
check Memberikan maklumat yang lengkap kepada Unit Teknologi Maklumat semasa pendaftaran emel rasmi kerajaan dijalankan.
check Melaporkan kerosakan peralatan komputer kepada Unit Teknologi Maklumat dalam masa tidak kurang daripada satu hari bekerja.
check Mematuhi semua arahan dan peraturan yang terkandung di dalam buku dasar keselamatan ICT Kementerian Kesihatan Malaysia.