UNIT KEPAKARAN PERGIGIAN KEPERLUAN KHAS

Pengenalan

 

Perkhidmatan Kepakaran Pergigian Keperluan Khas menawarakan perkhidmatan pergigian kepada orang dewasa dimana kesihatan mulut mereka terjejas diakibatkan oleh kekurangan upaya yang dialami dan masalah perubatan yang kompleks dimana rawatan pergigian yang diberikan memerlukan modifikasi untuk memastikan kesihatan dan keselamatan pesakit terjamin. Kepakaran ini menyediakan perkhidmatan pergigian kepada pesakit yang berumur 16 tahun dan keatas sehinggalah warga emas termasuk golongan yang terlantar.

Kumpulan sasaran:

  1. Pesakit yang mempunyai ketidakupayaan intellek dan pertumbuhan (contoh: Sindrom Down, Autisma)
  2. Pesakit yang mempunyai ketidakupayaan fizikal (contoh: Palsi Serebral, Strok, Kecederaan Otak)
  3. Pesakit yang mempunyai kompromi perubatan yang kompleks (contoh: Masalah Jantung, Masalah Pendarahan, Kanser, Kompromi system imun, polifarmasi)
  4. Pesakit yang mempunyai masalah psikatri yang kronik
  5. Warga emas yang mempunyai masalah cognitif, fizikal, perubatan dan bergantung kepada orang lain untuk mengurus diri mereka (contoh: Strok, Dementia, Parkinson)

Kepakaran Pergigian Keperluan Khas telah mula beroperasi di Hospital Seberang Jaya pada tahun 2014 dan merupakan hospital KKM yang ketiga untuk mewujudkan kepakaran ini. Unit ini juga merupakan pusat rujukan Kepakaran Pergigian Keperluan Khas untuk negeri-negeri di Zon Utara Malaysia.

 

Perkhidmatan

 

Perkhidmatan yang disediakan:

Rawatan Pergigian Komprehensif termasuk;

1. Konsultansi, pemeriksaan pergigian dan radiografi pergigian.
2. Perkhidmatan penskaleran/pembersihan dan higin mulut.
3. Rawatan restorasi (tampalan).
4. Rawatan kanal akar.
5. Cabutan gigi.
6. Pembuatan gigi palsu.
7. Rawatan dan nasihat pencegahan.
8. Rawatan pergigian domisilari.
9. Rawatan pergigian palliative.                                                                                                                                                     
10. Rawatan pergigian dibawah bius umum.                                                                                                  
11. Rawatan pergigian dibawah sedasi.                                                                                                           
12. Rawatan pergigian sebelum, semasa dan selepas rawatan kanser.                                                    
13. Rawatan pencegahan untuk pesakit yang telah melalui rawatan radiotherapy untuk kanser di bahagian kepala dan leher.                                                                                                                                
14. Khidmat nasihat penjagaan kesihatan mulut yang dikhususkan untuk pesakit OKU berdasarkan kebolehan mereka.
dental1