UNIT KERJA SOSIAL PERUBATAN HOSPITAL SEBERANG JAYA

Pengenalan

 

Unit Kerja Sosial Perubatan, Hospital Seberang Jaya beroperasi pada 1hb. Julai 1996. Pada masa sekarang unit ini diketuai oleh Pegawai Kerja Sosial Perubatan Gred S44 yang dibantu oleh seorang Pegawai Kerja Sosial Perubatan Kanan Gred S44, seorang Pegawai Kerja Sosial Perubatan S41 dan seorang Pembantu Tadbir Gred N17 (kontrak).

VISI

Ke arah meningkatkan kefungsian sosial dan peningkatan kualiti kehidupan pesakit.

MISI

Membantu Hospital Seberang Jaya menyampaikan rawatan komprehensif dan menyeluruh dengan menyediakan perkhidmatan sosial perubatan kepada pesakit.

OBJEKTIF

1.  Memberikan perkhidmatan psiko-sosial kepada pesakit-pesakit agar mendapat faedah maksima daripada rawatan perubatan.

2.  Membantu mengembalikan kefungsian sosial yang maksima agar pesakit menjadi produktif dan berdikari serta membolehkan mereka kembali kepada masyarakat selaras dengan batas keupayaan yang diakibatkan oleh penyakit dan kecederaannya

 

Perkhidmatan

Perkhidmatan yang disediakan:

Unit ini memberi fokus kepada perkhidmatan untuk kebajikan pesakit agar proses perawatan untuk pesakit dapat dilakukan. Terdapat dua kategori perkhidmatan yang ditawarkan iaitu:-

 

1) Bantuan Praktik

Iaitu perkhidmatan bagi membantu pesakit yang layak untuk memperolehi bantuan kewangan bagi menjalani proses rawatan.

 

2) Terapi Sokongan

  Merupakan perkhidmatan untuk pesakit berbentuk sokongan emosi
  Pesakit perlu dirujuk oleh Pegawai Perubatan, Hospital Seberang Jaya menggunakan borang rujukan yang diedarkan

 

 

Jadual

Jadual Perkhidmatan

 

Isnin Hingga Jumaat

8.00 pagi - 5.00 petang

Rehat 1.00 petang - 2.00 petang (Isnin - Khamis)

Rehat 12.15 petang - 2.45 petang (Jumaat)

Sabtu dan Ahad

Cuti Rehat

 

 

Hubungi

 

KETUA JABATAN   

PUAN ZAM AZANI BT ZAKARIYA

NO TELEFON

04 3827221

FAX

04 3970754

EMAIL

zamazani@moh.gov.my

 

PEGAWAI KERJA SOSIAL
PERUBATAN S44

PUAN NORFADZILAH MASAYU BT ARSHAD

NO TELEFON

04 3827221

FAX

04 3970754

EMAIL

miasarayu@gmail.com

 

PEGAWAI KERJA SOSIAL
PERUBATAN S41

              PUAN FAZILAH BT CHE DIN              

NO TELEFON

04 3827201

FAX

04 3970754