TAHNIAH HSJ DI ATAS PENGANUGERAHAN ENERGY MANAGEMENT GOLD STANDARD (EMGS)3-STAR

HSJ EMGS 1

Hospital Seberang Jaya telah berjaya mendapat anugerah Energy Management Gold Standard (EMGS)3 - STAR yang dibuat oleh pihak Malaysia Green Technology and Climate Corporation (MGTC) pada 22 - 24 September 2021.  Hospital Seberang jaya telah melalui proses penilaian  dan disahkan memenuhi kriteria  EMGS bagi pelaksanakan Sistem Pengurusan Tenaga Lestari (SPTL).  Majlis penganugerahan sijil telah diadakan pada 17 Mei 2022 (Selasa), bertempat di  Diamond Ballroom, Hotel Equatorial Plaza Kuala Lumpur dan dirasmikan oleh Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli , YB Datuk Ali Biju.

Penyerahan anugerah ini secara rasmi kepada pihak Hospital Seberang Jaya telah diadakan pada 26 Mei 2022 (Khamis) oleh Pengarah Kesihatan Negeri Pulau Pinang Y.Brs Dr. Ma`arof bin Sudin bertempat di Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang.